|
||
1. | PENGENALAN | |
Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan prosedur dan syarat-syarat permohonan penempatan
pelajar untuk menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Malaysia selaras dengan Dasar Latihan Industri, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam [Rujukan:JPA(L)S.175/4/4-2 Klt.4(21)] bertarikh 6 September 2019 dan Soalan Lazim bagi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam. [Rujuk Lampiran] Garis panduan ini hanya terpakai bagi permohonan pelajar untuk mengikuti latihan industri di: 1) Ibu Pejabat JKR Malaysia 2) JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3) JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya 4) JKR Wilayah Persekutuan Labuan 5) JKR Negeri Kelantan 6) JKR Negeri Terengganu 7) JKR Negeri Pahang 8) JKR Negeri Perak 9) JKR Negeri Kedah 10) JKR Negeri Pulau Pinang 11) JKR Negeri Negeri Sembilan 12) JKR Negeri Melaka 13) JKR KESEDAR |
||
2. | BIDANG PENGAJIAN | |
Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian berikut diberi keutamaan untuk menjalani latihan industri di JKR: i) Kejuruteraan (Awam, Elektrik, Mekanikal) ii) Seni Bina iii) Ukur Bahan iv) Ukur Bangunan v) Alam Sekitar vi) Teknologi Maklumat vii) Pentadbiran Pejabat (pengurusan, perakaunan atau kewangan) |
||
3. | SYARAT-SYARAT UMUM | |
Penempatan pelajar-pelajar latihan industri di JKR adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: 3.1 Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara dimana bidang pengajian yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); 3.2 Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia; 3.3 Latihan industri yang diduduki merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya; 3.4 Tempoh latihan industri tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT; 3.5 Diperakukan oleh Ketua Dekan/Ketua Program di IPT masing-masing. | ||
4. | PROSEDUR PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) | |
4.1 Permohonan hanya akan dibuka empat (4) bulan sebelum dari tarikh menjalani latihan industri manakala permohonan juga perlu dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum dari tarikh menjalani latihan industri bermula. 4.2 Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut untuk tujuan pemprosesan; i) Surat permohonan daripada institusi pengajian seperti di Lampiran A. ii) Resume pelajar terkini iii) Transkrip pelajar terkini 4.3 Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat akan ditolak. |
||
5. | SYARAT PENEMPATAN PELAJAR | |
5.1) Penempatan pelajar ke cawangan-cawangan Ibu Pejabat JKR dan JKR Negeri yang sesuai akan dilakukan oleh Unit Kompetensi, Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR; 5.2) Pelajar tidak boleh diambil untuk mengisi jawatan kosong, jawatan kenaikan pangkat atau untuk melaksanakan tugas pegawai tetap; 5.3) Ketua Jabatan hendaklah merancang dan mengenalpasti skop latihan yang akan dilalui oleh pelajar terlebih dahulu dengan mengutamakan jurusan bidang yang ingin dilatih; 5.4) Ketua Jabatan hendaklah memastikan seorang atau lebih Penyelia di kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional yang bertanggungjawab ke atas urusan penyeliaan latihan pelajar; 5.5) Ketua Jabatan hendaklah menyediakan skop, jadual dan sasaran latihan industri setiap pelajar; 5.6) Waktu latihan amali pelajar adalah menyamai waktu bekerja pegawai awam; 5.7) Pelajar tidak layak mendapat apa-apa elaun lain, kemudahan cuti, rawatan perubatan dan kemudahan lain yang layak diterima oleh pegawai awam; 5.8) Pelajar boleh dibenarkan bercuti dengan kebenaran pihak IPTA/IPTS dan potongan elaun berdasarkan jumlah hari pelajar berkenaan bercuti/tidak hadir; 5.9) Ketua Jabatan hendaklah memastikan pelajar tidak menandatangani surat rasmi jabatan dan tidak membuat keputusan rasmi jabatan serta tidak menjalankan tugas yang melibatkan maklumat terperingkat; 5.10) Ketua Jabatan hendaklah memastikan pelajar menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972; dan 5.11) Tempoh latihan amali adalah mengikut tempoh yang ditetapkan oleh institusi pengajian pelajar. 5.12) Pelajar tidak dibenarkan menukar tempat Latihan Industri setelah surat tawaran dibuat dan sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dilayan. |
||
6. | KEMUDAHAN PEMBAYARAN ELAUN | |
6.1) Pelajar akan diberikan kemudahan pembayaran elaun seperti yang termaktub di dalam surat edaran JPA dengan rujukan JPA(L)S.175/4/4-2 Klt.4(21) bertarikh 6 September 2019;
6.2) Kadar pembayaran elaun adalah sebanyak RM5.00 sejam terhad kepada maksimum 90 hari sahaja tidak termasuk cuti hujung minggu dan cuti am dengan syarat latihan industri tersebut adalah merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya; 6.3) Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan tuntutan pembayaran elaun pelajar yang menjalani latihan industri di cawangan masing-masing dengan mengisi borang tuntutan seperti di Lampiran B yang telah disediakan. Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Ketua/Penyelia pelajar dan dimajukan kepada urus setia (Unit Kompetensi, BPSK, CDPK) selewat-lewatnya 2 minggu daripada tarikh seperti di bawah untuk tindakan selanjutnya. i) tarikh akhir latihan industri (bagi tempoh LI yang kurang daripada 90 hari) ii) hari ke 90 latihan industri (bagi tempoh LI yang lebih daripada 90 hari) Sekiranya borang tuntutan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut, pelajar akan dianggap tidak berminat untuk membuat tuntutan; 6.4) Pelajar tidak layak dibayar bayaran elaun lebih masa; dan 6.5) Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu. |
||
7. | KEPERLUAN INSURAN SEMASA TEMPOH LATIHAN INDUSTRI | |
7.1) Semua pelajar perlu dilindungi insuran.;
7.2) Jabatan ini TIDAK bertanggungjawab ke atas sebarang pampasan/ganti rugi jika berlaku kemalangan sama ada di tempat latihan atau di luar tempat latihan; |
||
Saya telah membaca keseluruhan syarat di atas untuk memohon |